C Programming
1. Aturcara: Hello World, Pendekatan Untuk Memulakkan Pembelajaran Pengaturcaraan
2. Aturcara: Menukar Saat ke Jam, Minit, Dan Saat, Contoh Penggunaan Modulus.
3. Aturcara: Membandingkan Nombor Yang Mana Paling Besar. Contoh Multiple Return Statements Dalam Sesuatu Function.
4. Aturcara: Inputkan harga bagi satu barang. Seterusnya kuantiti bagi barang tersebut juga perlu diinputkan. Kira jumlah harga semua barang (formula: harga * kuantiti = jumlah). Sekiranya jumlah melebihi 100, potongan sebanyak 15% akan diberkan, sebaliknya tiada potongan diberikan.
5. Aturcara: Diberi seperti jadual dibawah:
Kod minuman perlu diinputkan. Jenis minuman beserta harga akan dipaparkan. Paparkan dalam format yang anda fikirkan sesuai. Sekiranya jumlah melebihi 100, potongan sebanyak 15% akan diberkan, sebaliknya tiada potongan diberkan.
6. Aturcara: Dua nombor diinputkan. Hasil tambah bagi dua nombor tersebut akan dikira dan dipaparkan. Proses tersebut akan dilaksanakan selagi kedua-dua nombor tersebut bukan sifar.
7. Aturcara: Satu nombor perlu diinputkan. Paparkan sifir bagi nombor yang diinputkan. Contoh sekiranya nombor 3 diinputkan, paparkan sifir 3
8. Aturcara: Satu nombor. Pengguna perlu memilih pembahagi bagi nombor tersebut diantara 2-5. Berdasarkan pembahagi yang dipilih, paparkan baki bagi nombor tersebut. Sekiranya tiada baki, paparkan mesej "TIADA". Proses tersebut berterusan selagi pengguna ingin meneruskan pilihan. Rekabentuk output anda mengikut kesesuaian.
9. Aturcara: Inputkan satu perkataan. Tentukan berapakah bil huruf vokal dan huruf konsonan yang terdapat di dalam perkataan tersebut.
10. Aturcara: Kuantiti/bilangan wang dalam bentuk keping/syiling bagi setiap kategori akan diinputkan iaitu RM50, RM10, RM5, 50 sen, 20 sen, 10 sen, 5 sen dan 1 sen. Jumlah keseluruhan wang perlu dikira dan dipaparkan. Bagi wang syiling (50 sen, 1 sen.. ) kuantiti yang dimasukkan mestilah tidak boleh melebihi 50 keping. Sekiranya kuantiti yang dimasukkan melebihi 50 keping bagi wang syiling, pengguna perlu menginputkannya sekali lagi. Proses ini akan dilaksanakan selagi pengguna ingin meneruskan pilihan.
11. Aturcara: Sebuah pasaraya membayar gaji para pekerjanya berdasarkan jumlah jam bekerja seminggu dan kategori yang diinputkan. Kategori adalah seperti didalam jadual. Sekiranya jumlah jam bekerja lebih daripada 44 jam, ianya akan dikira sebagai kerja lebih masa (OT) dimana jam lebih masa tersebut akan dibayar 120% daripada kadar bayaran sejam bagi kategori A1, A2 dan M1. Bagi lain-lain kategori tiada bayaran lebih masa walaupun jam bekerja lebih dari 44 jam. Walaubagaimanapun, jam bekerja seminggu tidak boleh melebihi 60 jam seminggu. Kira bayaran gaji sebulan bagi setiap pekerja. Nama dan No. IC pekerja juga perlu diinputkan. Paparkan output bagi aturcara anda mengikut kesesuaian/format yang anda rasakan sesuai seperti slip gaji dimana ianya mestilah mengandungi maklumat nama pasaraya/syarikat, kategori, No IC, nama, jumlah jam bekerja seminggu, jumlah jam bekerja sebulan, gaji pokok, bayaran lebih masa (jika ada) dan juga gaji bersih.
12. Aturcara: Tulis satu program untuk melakukan operasi asas matematik berdasarkan
kepada senarai pilihan dari MENU UTAMA. Senarai MENU UTAMA program anda
adalah seperti yang digambarkan oleh skrin output dibawah:
Mengoperasi Dua Nilai Integer
MENU UTAMA
1. Operasi Campur
2. Operasi Tolak
3. Operasi Darab
x. Keluar
Masukkan kod operasi anda [ 1, 2, 3, x ] :
Skrin output diatas akan diulang secara berterusan dengan meminta pengguna
supaya memasukkan Kod Operasi. Jika Kod Operasi yang diinputkan oleh
pengguna selain daripada 1, 2, 3 atau X, satu mesej "Anda tidak membuat
pilihan dengan tepat!" akan dipaparkan yang bermakna kod operasi yang
diinputkan tidak sah. Kod Operasi X pula akan menyebabkan mesej "Terima
Kasih" akan dipaparkan dan keseluruhan program tersebut akan ditamatkan
13. Aturcara: Contoh function yang tiada return value. Aturcara untuk mengira gaji bersih.
14. Aturcara: Contoh funtion yang ada return value. Sama seperti aturcara diatas.
15. Aturcara: Jawapan untuk soalan ujian. Apabila kod dimasukkan, nama kursus, yuran bulanan, dan yuran untuk keseluruhan semester akan dipaparkan.
16. Aturcara penuh untuk Sistem Pengiraan Markah Pelajar
Klik disini untuk Assignment.exe yang telah di compile menggunakan Turbo C++